Saturday, 14 November 2015

TOKOH KEUSHAWANAN DAN CIRI-CIRI USAHAWAN

TUGASAN KUMPULAN
SADE1013
PRINSIP-PRINSIP KEUSAHAWANAN

KUMPULAN: D

AHLI KUMPULAN:

NIK ASMAD BT YAMAY 226819
AININA ZIEYANI BT ABDULLAH 238642
NUR IZZATI BT ISMAIL 238492
FATIMAH KAMARIAH BT MAT DAUD 238514
NUR HAZIRAH BT MOHD SUFIAN 238564

DISEDIAKAN UNTUK:
        DR AZIZI B. HAJI HALIPAH


1.0PENDAHULUAN

Usahawanan ialah individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperolehi keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.
Mengikut Coulter (2002), keusahawanan merupakan satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada digunakan. Usahawan juga merupakan seorang yang mencipta dan mengoperasikkan perniagaan secara aktif.
Mengikut Hisrich dan Peters (2002), keusahawanan merupakan satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik dan risiko sosial serta menerima anugerah dalam bentuk wang, kepuasan peribadi dan kebebasan. Manakala usahawan adalah pereka yang merevolusikan corak terkini melaui penemuan sumber atau outlet baru, pengorganisasian industri baru pengambilalihan sesetengah aktiviti inovatif.





                                                   ISI KANDUNGAN


ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENDAHULUAN
1
(TOKOH DAN CIRI-CIRI)
VISI
2-3
POSITIF TERHADAP KEGAGALAN
4-5
BUDAYA TERBUKA
6
BERORIENTASIKAN KUMPULAN
7-8
RANGKAIAN
9-10
BERORIENTASIKAN HASIL
11-12
PROAKTIF
13-14
BERANI MENGAMBIL RISIKO
15-16
TAJAM PEMMERHATIAN
17-18
5 CIRI-CIRI
19-22
KESIMPULAN
23
RUJUKAN
24
LAMPIRAN
25
                                       

2.0 TOKOH KEUSAHAWANAN DAN CIRI-CIRI
2.1 TOKOH USHAWAN 1: Dato’ Aliff Shukri Kamarzaman (visi)

Visi adalah pandangan jauh yang dimiliki oleh seseorang usahawan. Tujuan-tujuan dan juga langkah yang perlu dilakukan oleh usahawan juga jelas dinyatakan didalam sesebuah visi. Contoh usahawan yang bervisi ialah Dato’ Aliff Shukri Kamarzaman, pengasas produk yang tersohor dengan cogan kata ‘terlajak laris ‘.
            Mengenai Dato’ Aliff Shukri, nama sebenar beliau ialah Aliff shukri Kamarzaman. Dilahirkan pada 03 April 1987, di Felda Kechau, kuala lipis, Pahang. Kemudian berpindah ke Selangor. Latar belakang pendidikan beliau, pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor. Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang. Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Sekolah Integarasoi As-Syakirin Shah Alam sehingga tingkatan lima. Melanjutkan pelajaran ke Taylor College.  Sekarang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.
             Sejak dari kecil, beliau amat meminati bidang perniagaan. Dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau mula berniaga menjual barang-barang kosmetik kepada kawan-kawannya. Kemudian, beliau membuka gerai di pasar tani pada setiap hujung minggu. Sambutan yang amat menggalakkkan apabila beliau menjual barangan kosmetik. Beliau pernah berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dimana pinjaman yang dibuat melalui bank ditolak, beliau juga pernah dimaki dan diherdik. Malah, mereka yang terdekat juga tidak percaya akan kebolehan Dato’ Shukri dan memandang rendah kepadanya.
Dengan berkat kesabaran dan keyakinannya, beliau tidak menghiraukan perkara seperti itu menggganggu beliau. Kemudian, beliau berniaga lagi untuk mencari pendapatan sampingan, dimana pada setiap minggu beliau akan mengadakan bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja, agensi kerajaaan dan swasta disamping itu, menjual produk kesihatan dan kecantikan tersebut. Setiap kali beliau membuat bengkel tersebut, pendapatan beliau lebih kurang RM 1,000 hingga RM 3, 000 sebulan. Ketika beliau mengadakan bengkel kecantikan itu, beliau mengatakan hajat beliau untuk membuat satu jenama dan berkongsi dengan rakannya. Akhinya, mereka bersetuju mengenainya. Hal ini kerana, selepas beberapa kali menjual produk peniaga lain beliau merasakan lebih baik sekiranya, menjual produk barangan beliau sendiri. Maka tercetuslah idea beliau untuk mengeluarkan produk sendiri.
D’herbs Healthy  Marketing ditubuhkan pada September 2010 dimana hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu bedak asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Biibir. Pada tahun 2012 yang merupakan tahun kemuncak kepada produk D’herbs dimana mereka telah bernaung di bawah label Syarikat Sendirian Berhad dan perniagaan beliau dikembangkan lagi dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa. Perpindahan ini mampu meyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju. Justeru itu, mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hamper 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang memmbantu melancarkan perjalanan syarikat.
Ini menjelaskan bahawasanya Dato’ Shukri seorang usahawan yang bervisi. Beliau mampu merangka perjalanan perniagaan beliau untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, beliau bijak mengambil tindakan yang bersesuaian dan tepat bagi memastikan visi beliau mampu diacapi dengan jayanya. Ternyata mimpi dan cita-cita beliau bukanlah mimpi kosong.

2.2TOKOH USHAWAN 2: Taib Muda (Positif Terhadap Kegagalan)

                                 


Usahawan merupakan seorang yang positif terhadap kegagalan. Mereka menganggap kegagalan adalah sebagai guru yang terbaik dalam mencapai kejayaan. Orang yang positif tidak gemar sikap suka berputus asa. Oleh kerana itu, usahawan merupakan seorang yang sangat positif akan kegagalan. Malah, kegagalan menjadi kekuatan untuk mereka bangun dan berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kejatuhan.
Ciri ini ditunjuk jelas oleh seorang usahawan keropok lekor yang berasal dari Terengganu. Nama beliau ialah Taib Muda yang berasal dari Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu.  Berlatar belakangkan pendidikan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekarang memangku jawatan Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise.
Siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok lekor. Pencapaian menakjubkan Taib Muda atau dikenali Pak Embong yang tidak kenal erti kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadinya usahawan berjaya menjadi kenyataan.
Pembabitan awal Pak Embong dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh orang anak dengan pendapatan tidak menentu. Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.
Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji SU pada 2006 selain berniaga di pasar malam. Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.

Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata , beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Camerom Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan. Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan memberi pulangan seperti yang diharapkan dan keuntungan tersebut berganda apabila tiba hari perayaan.
Secara kesimpulannya, ciri keusahawan jelas terpancar pada diri Pak Embong apabila beliau menjadikan kegagalan sebagai satu titik pemulaan yang baru untuk lebih maju kehadapan. Sifat atau ciri inilah merupakan keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh setiap orang usahawan untuk berjaya. Dengan ini, kegagalan bukanlah suatu titik untuk usahawan mundur malah kegagalan adalah pencetus semangat keusahawanan. 


 2.3 TOKOH USHAWAN 3: Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein.              (Budaya Terbuka)
                            
                            


      Budaya terbuka adalah konsep dimana sesebuah perniagaan hendaklah disebarkan secara meluas dan perkembangan perlu datang daripada sesuatu yang membangun, membuat inovasi dan menambah nilai terhadap produk yang sedia ada atas dasar perkongsian dan kerjasama. Dalam konteks golobalisasi, semua lapisan masyarakat akan akses kepada produk yang sama.
Ciri usahawan ini dapat dilihat jelas daripada ikon usahawan peruncit terkenal iaitu Dato’ Wira (Dr) Haji Ameer Ali. Pengarah Urusan Pasaraya borong MYDIN.  Sebut sahaja pasaraya Mydin, semua lapisan masyarakat Malaysia mengetahuinya. Sebuah pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain. Lebih-lebih lagi, pengasas pasaraya tersebut merupakan orang Melayu.
Pengasas bagi syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaanya pada tahun 1957, beliau membuka kedai kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memilik lebih daripda 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3 bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai sebaneka dan 5 francais di beberapa negeri Semenanjung Malaysia.

         2.4 TOKOH USHAWAN 4: Jack Ma (Ma Yun) (Berorientasikan Kumpulan)

                           

Berorientasikan kumpulan merupakan salah satu daripada ciri-ciri seorang usahawan yang berjaya. Usahawan yang mempunyai ciri-ciri seperti ini lebih mudah dalam mengawal dan menguruskan perniagaan beliau berbanding usahawan yang lain. Nilai ini amat dititikberat dalam memajukan sesebuah organisasi dalam syarikat. Hal ini demikian, setiap pekerja memiliki kepakaran masing-masing dan ini membuatkan mereka saling melengkapi. Kumpulan yang efektif dan kerjasama yang tinggi dapat menghasilkan produk yang lebih besar berbanding bekerja secara individu lebih lebih lagi dalam syarikat yang besar. Contohnya, syarikat Alibaba.com. Syarikat ini mengaplikasikan nilai kerjasama ini dalam organisasi mereka.
Alibaba diasaskan oleh Jack Ma (Ma Yun), beliau merupakan orang terkaya di negara China. Namun siapa sangka, Ma pernah menjadi seorang guru miskin di China, membesar dalam keadaan yang serba kekurangan, pernah gagal untuk memasuki kolej perguruan sebanyak 2 kali dan ditolak sebanyak 30 kali ketika memohon pekerjaan di mana-mana tempat dan salah satunya di KFC. Beliau dilahirkan pada 15 Oktober tahun 1964 di Hangzhou, China yang terletak di bahagian Tenggara China. Ibu bapanya merupakan pemain drama tradisional Tiongkok dan beliau mempunyai seorang abang dan adik perempuan. Mereka membesar dalam keadaan yang sangat miskin.
Alibaba.com merupakan satu laman yang memberi servis dan menjadi pengantaraan dalam perniagaan antara peniaga dan pembeli dimana dapat memberi kemudahan kepada pembeli untuk membeli produk secara terus atau online dari syarikat. Kerjasama beliau dan rakan rakannya pada awal penubuhan Alibaba.com membuahkan hasil apabila beberapa buah syarikat besar telah melabur dalam syarikatnya seperti Goldman Sachs dan Softbanks.
Pada 19 September 2014, harga perdagangan pertama perusahaan Alibaba menjadi 9270 dolar per saham. Harga penawaran perdananya (initial public offering atau IPO) adalah 68 dolar per saham, yang menjadikannya salah satu IPO terbesar dalam sejarah. Ini merupakan kejayaan terbesar Jack Ma. Dalam ucapannya, beliau menekankan 6 nilai yang perlu dipraktikkan di Alibaba, iaitu mengutamakan pelanggan (customer first), orientasi kumpulan (team oriented), integriti (integrity), komitmen (commitment), menggalakkan perubahan (embrace change) dan keterujaan (passion). Di sini menunjukkan salah satu nilai yang perlu ada untuk seseorang usahawan mencapai kejayaan adalah ‘teamwork’ atau ‘team oriented’.


               2.5 TOKOH USHAWAN 5: Tatparanandam Ananda Krishnan (Rangkaian)

                                      


‘Business network’ atau rangkaian perniagaan merupakan elemen penting yang perlu diwujudkan untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya. Ianya merupakan hubungan yang wujud di antara beberapa individu dalam sebuah perniagaan termasuklah peniaga, pembekal atau pemborong, dan pelanggan. Dengan adanya rangkaian yang baik, sesebuah perniagaan itu dapat berkembang dengan lebih cepat. Melalui rangkaian juga dapat mengurangkan persaingan dan membantu para usahawan untuk melariskan stok mereka selain bertukar tukar pelanggan yang sedia ada antara mereka.
Nilai ini, dipraktikkan oleh Ananda Krishnan yang merupakan usahawan kedua terkaya di Malaysia. Tatparanandam Ananda Krishnan lahir pada 14 April 1938 di Brickfields, Kuala Lumpur. Nama sebenarnya beliau ialah, Tatparanandam Ananda Krishnan. Berumur 77 tahun dan dilahirkan di Brickfields, Kuala Lumpur pada 1hb April, 1938. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Manakala latar belakang pelajarannya, Ananda Krishnan belajar di Sekolah Tamil Vivekananda di Kuala Lumpur dan kemudiannya di Institut Victoria, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Mudanya (Kepujian) di Universiti Melbourne, Australia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Harvard.
Ananda Krishnan merupakan seorang usahawan yang bijak mengambil peluang perniagaan di mana beliau menjalinkan hubungan baik dengan pihak-pihak berkuasa yang dapat memberi kelebihan kepada perniagaannya. Beliau rapat dengan golongan pemimpin dan pegawai korporat yang berpengaruh seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Dr. Mahathir Mohamad. Melalui “network” yang dibina ini, Ananda Krishnan dapat melebarkan sayap perniagaannya dengan mudah dan menjadikan beliau usahawan yang terkenal sehingga sekarang. Kini, beliau adalah orang yang paling berpengaruh di Malaysia kerana empayar perniagaannya merangkumi sektor-sektor utama seperti telekomunikasi angkasa dan bumi seperti Binariang Satellites Systems Sdn Bhd, Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems), dan Maxis Communications Berhad (Maxis), radio dan televisyen iaitu Astro, perjudian seperi lumba kuda dan loteri Pan Malaysia Pools, perkapalan dan industri minyak iaitu Bumi Armada, jana elektrik iaitu Powertek Berhad dan perfileman. Hal ini menunjukkan, betapa pentingnya untuk membina “network” dalam sesebuah perniagaan.


             2.6 TOKOH KEUSAHAWANAN 6: Richard James & Maurice James                               (berorientasikan hasil)




Salah satu ciri penting yang menjadi tunjang bagi setiap kejayaan usahawan adalah ‘outcome oriented’. Berorientasikan hasil bermaksud mendapatkan hasil yang lumayan dengan mengutamakan tugas tugas iaitu fokus kepada hasil dan impak yang bakal diperolehi. Usahawan yang berorientasikan hasil sentiasa menitik beratkan standard dan mutu pekerja yang akan mendapat kelebihan daya saing dalam sektor yang sama yang mendatangkan mereka keuntungan. Usahawan juga perlu berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka atau menghasilkan produk, sumber dan perkhidmatan yang baru mengikut aliran masa.
Salah seorang usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan hasil ini adalah Richard James "Dick" McDonald dan Maurice James "Mac" McDonald. Mereka mengasaskan Restoran McDonald’s iaitu restoran makanan segera ‘hamburger’. Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Pada awalnya, mereka menggaji sebanyak 20 pelanggan dan mempunyai 25 menu yang kebanyakannya adalah daging barbeku. Hamburger yang dijual pada harga yang murah, dan menjadi kegilaan golongan muda sewaktu itu. Adik beradik ini, menutup restoran tersebut setelah mendapati bahawa hamburger amat menguntungkan bagi melaksanakan system baru.
Mereka telah menggunakan "Sistem Perkhidmatan Speedee" iaitu sistem pemasangan lalu arus hamburger, “drive-thru” di mana sistem ini lebih efisyen dan menguntungkan kerana tidak perlu menggunakan jumlah pekerja yang ramai. Perushaan ini hanya menjual ‘hamburger’, dan kentang jejari dan dijual dengan harga yang sangat murah. Restoran ini telah berjaya mencipta namanya dan keistimewaannya semakin tersebar. Kemudian, pada tahun 1953, adik beradik ini telah memulakan francaisnya dan membuka restoran tersebut di Phoenix, Arizona dan Downey, California.
Kemudian, pada tahun 1954, seorang usahawan dan jurujual pengadun susu kocak, Ray Kroc kagum dengan  keupayaan dan kepopularan restoran McDonald's semasa membuat lawatan. Selepas melihat operasi restoran, ‘Kroc’ bertemu dengan adik-beradik McDonald supaya membenarkannya menjual francais restoran McDonald diluar California dan Arizona, dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Di situ, bermulalah, pembukaan francais McDonald’s di kawasan kawasan lain. Pada tahun 1960, telah terdapat sebanyak 200 restoran McDonald’s di seluruh Amerika. Sehingga kini, lebih dari 100 negara mempunyai cawangan restoran McDonald’s ini.
Melalui kejayaan usahawan adik beradik ini, mereka telah membuktikan betapa pentingnya nilai berorientasikan hasil dalam sesebuah perniagaan. Bukan itu sahaja, mereka juga menonjolkan kepentingan inovasi dan daya pemikiran yang kreatif dalam membangunkan dan mencipta nama di persada dunia.
 


    2.7 TOKOH KEUSAHWANAN 7: Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Proaktif)

Proaktif, menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-empat, membawa maksud berkenaan sikap positif (individu, institusi dan lain-lain) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang sememangnya memerlukan tindakan berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu itu berlaku )
   Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad mungkin bukan satu nama yang asing lagi pada kita semua. Beliau merupakan pengasas jenama Beras Faiza di bawah Syarikat Faiza Sendirian Berhad. Kisah kejayaan Hajah Faiza bukan mudah seperti yang disangka. Beliau perlu melalui pelbagai mehnah dan dugaan hampir 43 tahun. Wanita kelahiran Mesir itu berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya, Tuan Haji Abu Bakar Ahmad berhijrah ke Malaysia. Berpindah ke tanah air orang pada usia muda dan tidak fasih berbahasa Melayu merupakan cabaran awal ketika beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.
Disebabkan sikapnya yang proaktif, beliau yang mempunyai diploma dalam bidang jahitan memulakan langkahnya dalam bidang perniagaan dengan mengambil upah menjahit sulaman dan menjual barangan dapur. Tempahan jahitan diterima daripada jiran-jiran dan kenalan suaminya. Satu perkara yang menarik adalah, melalui upah jahitan yang bernilai RM4 itulah yang kini membawa Hajah Faiza menjadi seorang usahawan beras yang berjaya. Upah serendah RM4 yang diperolehinya mendorong beliau untuk berniaga dari rumah ke rumah. Selain mengambil tempahan jahitan, beliau turut mencuba nasib dengan menjual rempah yang dibuatnya sendiri ke rumah jiran dan kedai. Rempah yang diberi nama Bunga Raya itu diadun daripada pelbagai jenis rempah yang dibelinya di pasar.
Namun begitu, melihatkan kepada sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap perniagaan rempahnya, modal daripada menjual rempah kari digunakan pula untuk membuka kedai runcit. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya datang daripada kaum yang lain.Menggunakan semaksimum mungkin ruang dan peluang yang ada, beliau lantas memulakan perniagaan beras secara kecil-kecilan. Mempunyai kedai sendiri, memberi kelebihan kepada beliau untuk mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Hajah Faiza juga tidak segan-silu pergi dari satu kedai ke kedai yang lain untuk mendapatkan maklum balas samaada mereka mahu membeli beras jika beliau menjualnya. Melihatkan kepada respon positif yang diterima, beliau mula bergiat secara serius dalam bidang perniagaan dengan memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk beras wangi, basmathi dan beras Siam.
Pada peringkat awal perniagaannya, beliau turut berasa buntu ketika memulakan perniagaan berasnya terutamanya apabila melihat sebuah treler yang penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumahnya. Namun begitu, berbekalkan keazaman yang tinggi, beliau nekad membungkus beras-beras tersebut dengan menggunakan jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai seluruh Johor. Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras keluaran syarikat Hajah Faiza yang ditubuhkan pada tahun 1982 semakin mendapat tempat di hati penggemar beras wangi. Jaringan perniagaannya juga semakin lebar meliputi pelanggan di sekitar Johor, Melaka dan Kuala Lumpur. Melihatkan kepada penerimaan daripada pelanggan, Syarikat Faiza secara rasminya pada tahun 1992 bertukar menjadi sebuah syarikat korporat dengan jenama Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB).
Sekitar tahun 1998, melihat kepada gaya pemakanan kurang sihat di kalangan masyarakat Malaysia, Hajah Faiza terdorong untuk mempromosi beras ponni dari India yang dipercayai baik untuk kesihatan, khususnya bagi penghidap diabetes, obesiti dan darah tinggi.

 2.8 TOKOH KEUSAHAWANAN 8: Ramly Mokni (Berani Mengambil Risiko)
                    


Berani mengambil risiko adalah merupakan salah satu ciri penting yang perlu wujud dalam diri seseorang usahawan. Ciri ini sangat membezakan diri seorang usahawan dan peniaga-peniaga yang lain. Hal ini kerana risiko yang diambil perlu diiringi dengan penelitian yang tajam dan keputusan yang difikir berkali-kali.

Begitulah ciri yang terdapat dalam diri usahawan Melayu Islam yang bernama Dato’ Haji Ramly bin Mokni ini. Beliau yang menjadi pengeluar produk Malaysia yang halal ini menjadi ternama kini kerana sikapnya yang berani untuk berbeza dari orang lain dengan membuka satu perniagaan yang belum diusahakan secara besar-besaran oleh warga Malaysia yang lain ketika itu, iaitu makanan sejuk beku.

Produk keluarannya, Burger Ramly merupakan produk bumiputera miliknya yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan ditepi jalan dan restoran.Burger Ramly juga telah mula dikenali di Singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Ramly Food Processsing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama Ramly. Burger, nuget, frankfurter dan drummet adalah antara produk yang amat diminati ramai.

 Suami kepada Datin Hajjah Shala Siah bt Abdul Manap ini bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an. Kebanyakan makanan sejuk beku ketika itu tidak dapat dipastikan halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini. Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan  berani mengambil risiko. Namun begitu, dalam proses membina perniagaannya itu sendiri, beliau menghadapi pelbagai kerenah, seperti diperlekehkan oleh orang awam dan pihak bank yang telah menolak pinjamannya.Namun, beliau tidak sesekali berundur ke belakang sebagai bayaran untuk keberaniannya memulakan langkah dalam megeluarkan produk beliau.

Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut dicontohi oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan halangan. Kerana keyakinannya untuk menanggung risiko yang tinggi, dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM42 juta.

            Dato' Ramli Bin Mokni, mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang ini. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Bermula dengan pinjaman yang kecil dari Bank Pembangunan pada tahun 1982, syarikat ini telah berkembang pesat dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd., Ramly Supermart Sdn. Bhd. dan Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd.



2.9 TOKOH KEUSAHAWANAN 9:  Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
(Tajam Pemerhatian)

                                                      
 Seorang usahawan yang mempunyai pemerhatian yang tajam ini, Datuk Wan Mohammad Sani Salleh amat mahsyur dalam industri pengangkutan awam negara. Tajam pemerhatian membawa maksud perihal memerhatikan dengan teliti, usaha, dan sebagainya, memerhati atau mengamati sesuatu dengan teliti (Dewan Bahasa dan Pustaka (2004).
Ketika berkongsi pengalamannya, Wan Mohammad Sani, 39 tahun, berkata, beliau sendiri tidak pernah terlintas untuk berada di tahap sekarang biarpun memiliki impian menjadi ahli perniagaan sejak zaman remaja lagi. Sewaktu mengimbau semula sejarah perniagaannya, beliau berkata, hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas beliau sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu yang merupakan negeri asalnya, 20 tahun lalu. Beliau yang merupakan seorang yang kuat memerhati berkata, pengalamannya menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong dirinya sendiri untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti.
Katanya, beliau sebenarnya memulakan perniagaan melalui naluri sendiri, tidak ada orang suruh, tidak mendapat pandangan orang lain. Penglibatan dalam bidang ini adalah atas desakan diri sendiri. Beliau juga akui mempunyai sedikit kelebihan iaitu pandai mencari peluang, dan peluang yang ada digunakan oleh beliau sebaik mungkin, kerana padanya, jika bertangguh atau menunggu, sampai bila-bila pun kita tidak mampu mendapatkannya lagi. Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, menganalisis dan menyusun strategi.
Cabaran
Ditanya mengapa industri pengangkutan menjadi pertaruhannya, Wan Mohammad Sani berkata, tiada sebab lain kecuali sektor tersebut begitu mencabar sehingga memerlukan semangat yang kuat kerana ianya bukan mudah, selain risiko juga cukup banyak. Namun, beliau tidak menafikan kesukaran yang dilaluinya berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah peneraju dalam pengangkutan ekspress di Malaysia.
Katanya lagi, semenjak Januari 2006, Sani Express telah memulakan perkhidmatannya dan perinagaannya mendapat sambutan dan berjalan lancar. Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa. Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai pendidikan yang terlalu tinggi. Beliau banyak belajar daripada orang yang berpengalaman malah dengan sesiapa sahaja termasuklah pemandu bas, mekanik serta orang yang pernah gagal. Baginya, kegagalan orang lain juga dapat menjadi iktibar buatnya. Hasil pemerhatiannya yang meluas membolehkannya menimba ilmu daripada pengalaman orang lain .Beliau juga berpegang bahawa dengan melakukan analisis dan kajian sendiri, sesorang itu dapat mengendalikan perniagaan dengan lebih baik.
Ironinya, sikap pengasas Sani Ekspress ini wajar dicontohi bukan sahaja dalam kalangan usahawan, tetapi juga masyarakat umum. Menjadi seorang pemerhati yang baik menajamkan fikiran kita seterusnya sentiasa membuatkan kita mempelajari sesuatu yang baharu.





3.0TOKOH DAN 5 CIRI-CIRI           
                                              
                                                          BILL GATES


                                  
Bill Gates atau nama panjangnya William Henry Gates III merupakan seorang tokoh terhebat dalam revolusi komputer. Beliau juga merupakan pengasas syarikat Microsoft perusahaan software yang diusahakan bersama Paul Allen. Bill Gates dilahirkan pada 28 October 1955 di Seattle, pantai barat Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Beliau dilahirkan dalam keluarga kaya. Ibunya merupakan seorang guru sekolah dan merupakan tokoh yang penting dalam masyarakat Seattle. Bapanya pula merupakan seorang peguam yang tegas dan berpengaruh tetapi tetap memberi sokongan terhadap Bill Gates. Beliau sememangnya seorang yang rajin membaca sehinggakan ayahnya sanggup membeli buku untuknya tetapi tidak bagi ibunya yang tidak mendokong hobinya kerana khuatir anaknya tidak bergaul dengan persekitarannya dan hanya bersama buku. Bill Gates budak yang pintar tetapi beliau cepat berasa bosan dan akhirnya setelah beliau dan kawannya iaitu Paul Allen mendirikan ‘Microsoft’. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti daripada universiti mana beliau belajar iaitu Harvard University. Keputusan beliau disokong oleh kedua ibubapanya walaupun dengan berat hati. Dengan keputusan itulah Bill Gates menjadi usahawan yang berjaya kini.

 Antara ciri-ciri usahawan Bill Gates yang telah membuatkan dirinya berjaya adalah:
1. Mempunyai visi (Visionary)
Seseorang usahawan yang mempunyai visi juga dikenali sebagai ‘visionary’. Usahawan ini mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan objektif dan matlamat yang dirangka. Usahawan yang mempunyai visi membuat keputusan yang terbaik serta mempertimbangan cabaran, ancaman dan juga peluang yang bakal dihadapinya. Begitu juga Bill Gates, beliau memiliki keyakinan yang sangat tinggi dan sangat percaya diri. Semasa di bangku sekolah dia pernah berkata: “Saya akan mencetak 1 juta dolar saya yang pertama pada usia 25 tahun.” Waktu itu, US$ 1 juta adalah sangat besar. Ini Terbukti, semasa Bill berusia 24 tahun, Microsoft telah menghasilkan 7 juta dolar Amerika hanya dengan 40 orang pekerja.


2. Kebolehan Belajar Dari Kesilapan (Failure is an option)
Ramai yang menyangka Bill Gates dan idea-ideanya selalu diterima ramai namun tanpa turun dan naik itu bukanlah dipanggil usahawan. Ada kala usahawan itu berada di atas dan ada kalanya di bawah. Ianya terletak pada diri seseorang usahawan itu sendiri samaada untuk bangun berusaha atau terus gugur tanpa capai kejayaan yang diingini. Bill Gates juga pernah gagal. Pada tahun 1998-2001 Bill Gates melancarkan ‘Auto PC’ untuk merevolusikan hiburan dalam telefon bimbit. Namun telefon bimbit-telefon bimbit sudah dilengkapi dengan pelbagai seperti CD-player, GPS, dan lain-lain namun produk beliau tidak diminati. Selain itu, pada 1995-1996 Gates melancarkan Program Bob namun program tersebut memerlukan lebih banyak dari yang dimiliki kebanyakan komputer yang ada saat itu dan pasar tidak menerima. Pada tahun 1991, Gates merancang program Cairo, dan setelah menghabiskan wang dan waktu, akhirnya Cairo dibatalkan. Namun beliau tidak mudah untuk berhenti di situ sahaja kerana Bill Gates berpegang kepada prinsip hidupnya. Beliau terus berusaha untuk menjadikan produknya lebih baik.

3. Jaringan (Networked)
Jaringan usahawan bermaksud semua hubungan yang dibentuk dan dikekalkan olehseseorang usahawan dengan manusia disekelilingnya untuk faedah bersama. Keupayaan usahawan mengenal pasti peluang dan sumber yang terhad di sekeliling mereka turut terlibat dalam mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan. Ia bermula dengan sebuah panggilan telefon yang dibuat oleh Bill Gates kepada MITS (Micro Instrumentation and Telemetry Systems), syarikat yang mencipta mikro komputer seperti yang dibaca dalam Majalah Popular Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan Altair 8800. Walaupun pada ketika itu Bill Gates dan rakan seperjuangannya, Paul Allen belum memulakan sebarang penulisan kod untuk Altair 8800 namun beliau memberitahu president MITS bahawa rakan-rakan kongsinya sedang membina perantaraan BASIC. Tujuan beliau menelefon MITS tersebut ialah hanya untuk menarik perhatian sahaja. Dalam beberapa minggu, Bill Gates dan Paul Allen berjaya membina padanan (emulator) untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates dan Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan tersebut yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi yang dibuat di pejabat MITS di Albuquerque. Akhirnya, tertubuhlah syarikat Micro-Soft. Bermulalah suatu kejayaan yang dirangkul Bill gates dan Paul Allen dimana Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secara meluas kepada komuniti-komuniti peminat komputer.

4. Proaktif
Seseorang yang memiliki sikap proaktif selalu memiliki visi ke depan, memandang masa depan dengan penuh optimisme, selalu aktif dan memikirkan perkara yang dapat mereka lakukan untuk meningkatkan kualitas kehidupannya. Sikap proaktif cenderung mengarah pada tindakan ‘action’ yang positif. Begitu juga Bill Gates, beliau mempunyai pemikiran yang positif bagi menjadikan perisian komputer perlu dibayar bukannya percuma itulah yang membuatkan perisian komputer kini berbayar. Bukan hanya satu usaha yang menunjukan keuntungan malah perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan boleh berkembang menjadi perniagaan besar.

5. Mengambil risiko (Open risk taker)
Usahawan yang ingin berjaya perlu mengambil risiko serta berhadapan dengan risiko yang telah diperhitungkan. Semakin tinggi risiko, semakin tinggi pulangannya. Namun begitu, seseorang usahawan haruslag mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan. Pada tahun 2000, Bill gates mengundurkan diri dari jabatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan ia memilih kembali ke profesi lamanya yang ia cintai yaitu Kepala Penelitian dan Pengembangan Perangkat Lunak di perusahaanya sendiri, Microsoft Corp. Dan pada awal tahun 2008, Bill Gates memutuskan untuk mengundurkan diri dari penglibatan Microsoft dan memberi fokus diri pada kerja dermawanan melalui yayasan sosial yang didirikannya.
 



4.0 KESIMPULAN
Keusahawanan merupakan satu bidang yang baik untuk diceburi. Untuk menjadi usahawan yang Berjaya bukan sahaja mempunyai minat, malah perlu mempunyai sikap atau identiti diri untuk membolehkan menjadi usahwan. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keushawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi adalah disebabkan faktor-faktor seperti mempunyai daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, fokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan terhadap kebolehan diri.

















RUJUKAN
                                                                                                                                    
Azrain Nasyrah Mustapa (2010). Prinsip-Prinsip Keusahawanan edisi kedua.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat, (2004). Kuala Lumpur
Diakses pada 26 Oktober 2015. Disunting daripada
Shubhi. (2013, August 26). Usahawan-Usahawan Berjaya. Dicapai pada 24 Oktober 2015. Disunting daripada
Dicapai pada 26 Oktober 2015. Disunting daripada
Dicapai pada 26 Oktober 2015.  Disunting daripada  
Dicapai pada 26 Oktober 2015. Disunting daripada




            




 LAMPIRAN






















4 comments:

  1. BERITA BAIK BERITA BAIK BERITA BAIK !!!

    Halo semua, saya Fatma dari Indonesia. Saya menasihati anda semua di sini tidak memohon pinjaman di mana-mana syarikat atau pemberi pinjaman di laman web ini, kebanyakan syarikat di sini adalah palsu, penipu dan penipuan, dan juga beberapa kesaksian di sini adalah palsu mereka adalah orang yang sama . Oleh itu, sila berhati-hati agar tidak menjadi rakan kongsi mangsa dari Indonesia. Saya ditipu empat kali kira-kira Rp 200,000,000 untuk yuran pendaftaran, yuran pemindahan, kos cukai dan kos insurans, setelah pembayaran ini saya tidak mendapatkan pinjaman saya, tetapi mereka meminta saya untuk membayar lagi dan lagi. Ini akan menarik minat Anda untuk Tahu ada undang-undang pembiayaan undang-undang atau peraturan kos ini dalam mendapatkan pinjaman dari mana-mana undang-undang pemberi pinjaman atau syarikat. Dia bersyukur kerana saya menerima pinjaman dengan cepat sebanyak $ 100,000 dari syarikat yang telah diperkenalkan oleh kawan saya. Syarikat pinjaman sebenar dan boleh dipercayai (SYARIKAT LOE THERESA). Mereka kini merupakan syarikat terbesar di AS, Eropah dan seluruh Asia. Misi dan komitmen kepada anda Syarikat Pinjaman Theresa didedikasikan untuk memudahkan impian dan membantu semua kita yang telah ditipu dan ditipu dalam proses mendapatkan pinjaman segera, memberikan anda perkhidmatan bertaraf dunia. Syarikat Pinjaman Theresa atau ejen pinjaman tahu apa yang sepatutnya berada di kasut anda dan mereka berusaha keras untuk tidak melupakan perasaan itu. Mereka akan mendapat kepercayaan anda dengan menyampaikan kepada anda maklumat yang perlu anda ketahui, apabila anda perlu tahu dan hak untuk menawarkan pinjaman (perniagaan atau pinjaman peribadi) dan perkhidmatan kewangan.

    Saya sangat teruja untuk membantu negara saya mendapatkan pinjaman terhadap penipuan dan tidak lama lagi, e-mel saya adalah (feyzilfatma@gmail.com) atau (martinimarais1986@gmail.com)

    Hubungi saya atau (theresaloancompany@gmail.com) untuk maklumat lanjut, saya bersedia membantu. Tuhan memberkati kamu semua.

    Sila ambil perhatian: Tiada yuran pendaftaran, tiada yuran, tiada cukai, tiada insurans. Tuhan memberkati kita semua.

    ReplyDelete
  2. SELAMAT DATANG DI KARINA ROLAND LOAN COMPANY, (karinarolandloancompany@gmail.com) atau whatsapp hanya di +1 (312) 8721-592, tujuan kami adalah untuk menyediakan Layanan Profesional Sangat Baik.

    Apakah Anda seorang pria atau wanita bisnis? Apakah Anda dalam kekacauan keuangan atau Anda perlu dana untuk memulai bisnis Anda sendiri? Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk memulai Skala Kecil dan bisnis menengah yang bagus? Apakah Anda memiliki skor kredit yang rendah dan Anda kesulitan mendapatkan modal dari bank lokal dan lembaga keuangan lainnya?

    Pinjaman kami diasuransikan dengan baik untuk keamanan maksimum adalah prioritas kami, tujuan utama kami adalah untuk membantu Anda mendapatkan layanan yang Anda pantas, Program kami adalah cara tercepat untuk mendapatkan apa yang Anda butuhkan dalam sekejap. Kurangi pembayaran Anda untuk mengurangi beban pengeluaran bulanan Anda. Dapatkan fleksibilitas yang dapat Anda gunakan untuk tujuan apa pun - mulai dari liburan, pendidikan, hingga pembelian unik

    Kami menawarkan semua jenis layanan keuangan kepada individu yang membutuhkan pinjaman yang meliputi: Pinjaman Pribadi, pinjaman konsolidasi Utang, Pinjaman Bisnis, Pinjaman Pendidikan, Pinjaman Terjamin Hipotek, Pinjaman Tanpa Jaminan, Pinjaman Hipotek, Pinjaman Gaji, Pinjaman Siswa, Pinjaman Komersial, Pinjaman Investasi , Pinjaman Pembangunan, Pinjaman Otomatis, Pinjaman Konstruksi, dengan suku bunga rendah sebesar 2% per tahun untuk perorangan, perusahaan dan badan hukum. Dapatkan yang terbaik untuk keluarga Anda dan miliki rumah impian Anda juga dengan skema Pinjaman Umum kami.

    Silakan, hubungi kami untuk informasi lebih lanjut jika Anda tertarik: (karinarolandloancompany@gmail.com) atau hubungi kami hanya di +1 (312) 8721-592

    ReplyDelete
  3. Halo

    Kami menawarkan pinjaman bagi mereka yang bisa membayar dengan suku bunga 1% dalam jangka panjang.
    Bagi siapa pun yang tertarik, kirimkan surat kepada saya, berpantang dari orang-orang dengan niat buruk.
    Beri pinjaman antar individu dari semua jenis:
    * Keuangan
    * Perumahan
    * Kredit investasi
    * Pinjaman mobil
    * Konsolidasi hutang
    * Batas kredit
    * Hak Tanggungan
    * Penukaran kredit
    * Pinjaman

    Kami menawarkan pinjaman jangka pendek, menengah dan panjang, bekerja sama dengan pengacara kami.
    Silakan langsung kirim email Anda dan beri tahu saya berapa yang Anda butuhkan.
    Hubungi kami:
    Perusahaan: ISKANDAR LENDERS INCO.
    Hanya WhatsApp: {+ 44} 7480729811
    Tel .... {+ 44} 7480729811
    Email: [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
    Terima kasih

    ReplyDelete
  4. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete